Saturday, 27 September 2014
TuDuNg....
Takut melihat perkembangan umat Islam sekarang.. Dalam Islam, kaum hawa diwajibkan bertudung dan menutup aurat.. Tetapi persepsi umat Islam sekarang hanyalah.. 'Alah, kan aku dah pakai tudung, tutup aurat lah tu..' ATAUPUN... 'Cantik jugak ye aku pakai tudung..' Ataupun bertudung hanya di sekolah.. di luar rumah?? Wallahua'lam.. Kadang-kadang kesalahan itu diletakkan pada bahu ibu bapa yang terlampau sibuk dengan urusan duniawi.. Apakah kita sebagai anak hanya membiarkan ibu bapa terus leka dalam urusan mereka?? Cuba fikir kalau kita berubah dulu.. ibu bapa kita akan menyedari kesalahan mereka dan mungkin akan berubah.. Ini tidak, kalau anak tidak tutup aurat, salah siapa?? jawapannya ibu bapa.. Wajarkah?? Bertudung tidak semestinya menutup aurat.. Apa guna memakai tudung tetapi baju dan seluar ketat?? Kenapa pakai tudung kalau terdedah aurat?? Apa guna pakai tudung kalau tudung hanya sepanjang sedepa?? Kenapa pakai tudung tetapi tidak memenuhi syariat ALLAH?? ALLAHUAKBAR!! MASYAALLAH!! Pernah tak kita fikir?? Apa perasaan RASULULLAH S.A.W kalau tengok keadaan umatnya sekarang?? Sedangkan sebelum Baginda wafat Baginda ingat pada kita.. Ummati,Ummati.. ALLAHUAKBAR!!MASYALLAH!! YA ALLAH, bukakanlah pintu hati mereka.. Kurniakanlah hidayah kepada mereka.. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.. Alhamdulillah Ya Allah, tetapkanlah hati kami agar kami sentiasa berada di jalan-Mu yang benar.. Kuatkanlah Iman kami, YA ALLAH.. Amin Ya Robbal A'lamin..
Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu..
Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu? Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Nasihat
Wahai Lelaki, Taati Ibumu, Jambatan Terbentang Luas Ke Syurga Jannah
Ibu dan ayah permulaan kehidupan bagi seorang anak. Kasih ibu mampu ke syurga dan kasih ayah pula akan kekal selamanya. Ibu yang mengandungkan insan bergelar anak selama sembilan bulan 10 hari, bertarung nyawa ketika melahirkan dan berpenat lelah mengasuh dan mendidik hingga mampu menjaga insan kamil dan berjaya.
Segala pengorbanan yang diberikan tidak pernah mereka menuntut ganjaran melainkan dengan satu harapan dan niat iaitu, anak yang dikandungnya itu mampu mengharumkan nama keluarga, agama, bangsa dan tanah air. Itulah yang diharapkan oleh insan bergelar Ibu dan ayah.
Friday, 26 September 2014
Monday, 22 September 2014
Al-Quran
Dimanakah hati kita tatkala kita membaca AlQuran?Pernahkah kita merasa keliru dan tidak dapat menghayati makna dalam AlQuran? Atau pernahkah kita terasa seolah-olah lidah sukar untuk menyebut bacaan AlQuran dengan tajwid dan makhraj yang betul walhal kebiasaanya kita dapat membacanya dengan lancar.Pernahkah kita terasa seolah amaran-amaran Allah dari kalamullah AlQuran tidak melahirkan rasa gentar dalam hati?Dimanakah ketenangan yang dicari?Apakah silapnya?
Sedikit perkongsian ilmu buat para pembaca yang mencintai ayat ALQuran,petikan diambil dari buku Penawar Hati Penenang Jiwa tulisan Abu Mazaaya Al-Hafiiz.Menekankan betapa pentingnya Istiazah iaitu berlindung dengan Allah dari syaitan laknatullah..agar keihkhlasan terbit,gentar hadir,Ketenangan lahir..dan rindulah pada ayat-ayat Allah..Betapa keindahan AlQuran seharusnya dihayati dan meresap dalam diri..InsyaAllah..
Mengenai fasal ini,Allah berfirman :
“apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.”
(Surah Al-Nahl:98-1oo)
Lapan pengajaran yang kita dapat hayati dari perintah Allah tersebut iaitu;
1) Alquran adalah penyembuh dari berbagai penyakit hati.Ia juga boleh menghilangkan sikap was-was,segala jenis syahwat dan berbagai keinginan atau kehendak yang merosakkan yang semua itu disebabkan oleh tipu daya syaitan.AlQuran boleh menawarkan apa-apa penyakit akibat keracunan yang dibuat oleh syaitan didalam hati seseorang.Kerana itulah diperintahkan agar menjauhi racun yang menyakitkan itu dan membersihkan hati daripadanya dengan penawar saki-baki penyakit yang ada di dalamnya,ianya boleh diusahakan dengan membaca istiazah dengan penuh khusyu’ dan Tadabbur (menghayati isi kandungannya).
2) AlQuran adalah petunjuk hidayah,faktor yang menunjukkkan segala kebaikan di dalam hati.Hal ini boleh diumpamakan sebagai fungsi air bagi sesuatu tumbuhan.Syaitan pula disifatkan sebagai panas atau api yang mengeringkan tumbuhan tersebut dari masa ke semasa.Syaitan selalu berusaha untuk membunuh benih-benih kebaikan yang ada di dalam hati sehinggalah ia tidak terdaya untuk tumbuh dengan subur.Kalaupun boleh menjadi tumbuhan tetapi ia menjadi tumbuhan beracun atau berpenyakit.Oleh yang demikian,diperintahkan agar beristiazah kepada Allah dari syaitan agar apa-apa kebaikan yang dihasilkan oleh AlQuran tersebut tidak rosak akibat racun atau penyakit yang ditaburkan oleh syaitan.
3) Seseungguhnya para malaikat akan berdatangan dan mendekati orang yang membaca dan mendengarkannya dengan penuh khusyuk.Hal ini seperti mana diterangkan dalam hadith “Ketika Usaid bin Hudlair membaca AlQuran ia ternampak lembaga seperti khemah yang didalamnya terdapat lampu-lampu.Kemudian baginda Nabi SAW bersabda “Itulah Para malaikat.” (Maksud Hadith riwayat Bukhari dan muslim dari Abu Said Al-Hudri ra.)
4) Sesungguhnya syaitan berupaya sekuat tenaga dengan melalui pelbagai cara untuk melalaikan dan mengalpakan hati manusia.Sehingga diharapkan hatinya boleh kosong dari memahami maksud Al-Quran,iaitu bertadabbur (menghayati) apa-apa bacaan ketika membaca Al-Quran.Seterusnya syaitan mengharapkan agar boleh mengalihkan hati manusia dari menumpukan makna-makna ALQuran.Sebagai akibatnya seseorang membaca Alquran tersebut tidak sempurna di dalam mengambil manfaat dari ALquran.Kerana itulah disuruh agar beristiazah ketika hendak membaca AlQuran.
5) Seseorang yang membaca AlQuran bererti juga sedang bermanfaat,iaitu memanjatkan doa dengan menyebut kalam Allah.Allah Azza Wa Jalla mendengar dan sungguh memperhatikan bacaan-bacaan AlQuran,apalgi jika ia dibacakan dengan secara yang merdu dan Nagham (lagu dalam membaca AlQuran) yang sangat indah.Syaitan pula sangat gemar menyanyikan dan mendengarkan nyanyian-nyanyian yang penuh kelucahan dan mendatangkan syahwat (berahi).Dengan demikian seorang yang akan membaca AlQuran disyariatkan agar berisitiazah bagi menjauhkan syaitan dari dirinya,seterusnya mempersembahkan bacaanya (ALQuran) ke hadapan Tuhannya.
6) Sesungguhnya ALLAH telah menceritakan bahawa Allah SWT tiada mengutus seorang Rasul atau Nabi melainkan syaitan akan bertindak menghalangi apa yang ada pada hati mereka (iaitu untuk berdakwah mentauhidkan Allah). Para ahli salaf berpendapat juga bahawa para Rasul dan Nabi ,jika mereka hendak membaca Kalamullah, maka syaitan mesti akan menyibuk dan menghalang-halangi mereka. Jika terhadap Nabi dan Rasul pun,syaitan bersikap demikian,apatah lagi sikapnya terhadap manusia biasa.Tentunya lebih dasyat lagi.Ia sentiasa berusaha untuk mengelirukan pembaca AlQuran dari bacaannya,mengelirukan dan memilatkan lidahnya,menyekat pergerakan lisannya dan menggoda hatinya agar lalai dari kandungan makna bacaannya.Dengan demikian beristiazah kepada Allah dari kejahatannya adalah suatu hal yang penting,agar seorang pembaca AlQuran tersebut berjaya mencapai matlamat dari bacaannya dengan baik.
7) Syaitan sangat susah hati jika seseorang manusia mempunyai azam atau keinginan baik di hatinya.Pada saat itu,ia berusaha agar dapat membuang azam baik tersebut dan menghalangnya dari terus meresap ke dalam hati manusia tersebut.Dalam satu hadith sahih disebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “sesungguhnya kelmarin syaitan meloncat dihadapanku dan hendak berusaha agar solatku terputus (terbatal).”Adalah menjadi kenyataan bahawa apapun perbuatan yang paling banyak menghasilkan manfaat bagi seorang hamba dan lebih mendekatkan kecintaan kepada Allah,maka sudah mesti syaitan menghalangnya dengan lebih dasyat.
8) Sesungguhnya membaca istiazah sebelum berlangsungnnya bacaan AlQuran adalah satu tanda atau pemberitahuan bahawa apa yang akan datang sesudahnya (iaitu apa yang diperdengarkannya) adalah kalamullah AlQuran.Bahkan istiazah lebih merupakan satu mukaddimah dan peringatan kepada para pendengar bahawa apa yang akan disampaikan kepadanya adalah AlQuran.Dengan demikian,jika seseorang itu mendengar bacaan istiazah,hendaklah ia segera membuat persediaan diri bagi mendengar dan memperhatikan kalamullah AlQuran.
Beristizahlah dengan bersungguh-sungguh,semoga kita sentiasa mendapat perlindungan dari Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita dengan pandangan-pandangan yang melalaikan. Barulah Ayat suci AlQuran dapat meresap dalam diri..Tanyakan diri sejenak..berapa banyak surah ALQuran yang dihafal berbanding lirik-lirik lagu yang lagha diluar sana?Tepuk dada..tanya lah Iman..bicara lah pada fikiran..dan tegurlah hati..
Wassalam...
KATA-KATA MUTIARA....
x
Sweet Memory
Gambar di atas ialah saya dan kawan baik saya iaitu Nur Shafika Azfar. Kami sekarang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Ika merupakan seorang yang sangat peramah dengan semua orang. Oleh itu, dia di senangi oleh kawan2 praktikum yg lain. Dia berasal dari Terengganu, dn selalu cakap bahasa negeri "ganu kita".huhu :) kadang2 tak faham jugak bahasa dia,hehehe, anyway best kawan dgn mu.
Gambar lagi satu ialah bersama adik kesayangan, nama dia Atiqah. Dia ni seorang yg panas baran, tapi suka belanja orang, tu pon ikut mood dia jugak la,,huhu. Dialah satu2 nya adik yang sekepala dgn along dia ni. hahaa..Tahun depan nk ambil SPM, so goodluck ye, study smart dan jgn malas nk baca buku. okayy??
Introduction
Subscribe to:
Posts (Atom)





